Konsep-konsep asas dan pengertian tasawwur islam.


KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU

MPU 13012 PENDIDIKAN ISLAM


PENSYARAH MODUL:

USTAZAH SURIA BINTI EMBONG


NAMA STUDENT:

1.MUHAMMAD HASIFF BIN MOHD SUKRI

(T01SKR22F039)

2.WAN IRFAN SYAHMI BIN WAN AHMAD SAIFUDDIN

(T01SKR22F022)

3.MUHAMMAD ALIF AKMAL BIN APANDI

(T01SKR22F024)

4.MUHAMMAD AFIQ NAQIUDDIN BIN AMIRAZI

(T01SKR22F009)

5.MUHAMMAD ADHWA' JAFNI BIN JUSMANI


(T01SKR22F041)

𝐊𝐨𝐧𝐬𝐞𝐩-𝐤𝐨𝐧𝐬𝐞𝐩 𝐚𝐬𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐭𝐢𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐬𝐚𝐰𝐰𝐮𝐫 𝐢𝐬𝐥𝐚𝐦.

 Tasawwur Islam pada asasnya merujuk kepada gambaran menyeluruh tentang isi kandungan ajaran Islam yang meliputi aspek akidah, akhlak dan amaliyyah. Tasawwur Islam adalah hasil pemerhatian dan kesimpulan para sarjana terhadap sifat-sifat dan ciri-ciri ajaran Islam dalam kesemua bidangnya. Oleh itu, perbincangan tentang tasawwur Islam ialah perbincangan tentang gambaran ajaran Islam berdasarkan kandungannya yang telah anda pelajari sebelum ini. Untuk memudahkan anda memahami gambaran menyeluruh tentang ajaran Islam, bab ini akan memecahkan tajuk perbincangan kepada beberapa subtajuk iaitu keistimewaan dan ciri-ciri ajaran Islam, pandangan semesta Islam, epistemologi Islam, konsep ilmu dan konsep nilai. 

Pengertian Tasawwur Islam

Istilah Tasawwur Islam adalah merupakan satu ungkapan yang tidak asing lagi dalam penggunaan masyarakat Islam di Malaysia. Tasawwur bermaksud suatu gambaran atau tanggapan akal atau pemikiran seseorang terhadap sesuatu perkara. Perkataan ini berasal dari kalimah Arab yang memberi beberapa maksud;


i.Suatu tanggapan terhadap rupa sesuatu yang dapat dikhayalkan.

ii.Cuba memberi gambaran terhadap sesuatu.

iii.Memberi gambaran yang sebenar terhadap sesuatu.


Tasawwur juga bererti menghasilkan rupa sesuatu dalam akal. Pengertian kalimah Tasawwur berbeza-beza mengikut disiplin ilmu yang tertentu. Tasawwur di sisi ahli falsafah bermaksud suatu bentuk pemikiran yang tergambar dalam akal manusia mengenai alam dan kehidupan. Ahli psikologi pula berpendapat bahawa Tasawwur ialah menggambarkan tentang suatu perkara di dalam akal tanpa melihat atau berinteraksi dengannya.


Terdapat percubaan untuk memelayukan istilah Tasawwur Islam seperti menterjemahkannya kepada ' Pandangan Hidup Islam' yang merupakan terjemahan istilah Inggeris iaitu Islamic World-View. Walau bagaimanapun Prof. Dr. Harun Din berpendapat adalah lebih baik istilah Tasawwur Islam dikekalkan mengikut sebutan asal bahasa Arab yang maksudnya lebih tepat.


Tasawwur amat penting dalam kehidupan manusia kerana sikap dan tindakan adalah lahir dari tasawwurnya terhadap kehidupan ini. Tasawwur yang betul akan melahirkan tindakan yang betul. Begitu juga jika sebaliknya. Perbezaan tasawwur adalah berpunca daripada banyak aspek antaranya ialah latarbelakang pendidikan yang mempengaruhi penguasaan ilmu seseorang terhadap Islam.


Oleh yang demikian, Islam telah memberi perhatian yang berat terhadap pendidikan. Ini adalah untuk memastikan setiap insan mempunyai tasawwur dan pengetahuan yang jelas terhadap hakikat kehidupan di atas muka bumi ini.

rujukan: https://ubaimtst.blogspot.com/2007/09/pengertian-tasawwur-islam.html?m=1

Comments